Hari ini telah saya diminta oleh Encik Saiful dalam menghasilkan beberapa pembugkusan kurma untuk jualan semasa bulan ramadhan. Pada sebelah petangnya, Encik Saiful telah membawa kami ke Pusat Cetakan Pusat Racun Universiti Sains Malaysia untuk melawat tempat penghasilan buku-buku. Disini kami dapat belajar cara bagaimana untuk menghasilkan buku-buku, cara penggunaan mesin cetakan, mengenali jenis-jenis kertas dan sebagainya.
0 Comments
Hari ini, saya telah diminta oleh Encik Adli dalam menghasilkan reka bentuk Powerpoint Islamic Development bank. Reka bentuk ini perlu mempunyai muka hadapan powerpoint dalaman serta muka terakhir halaman powerpoint tersebut. Pada sebelah petangnya, saya diminta oleh Encik Azeem dalam mengikuti beliau ke Pusat pengajian Sains Kimia untuk melihat dan melawat tempat untuk di reka semula bersama-sama seorang pereka dari luar. Saya dapat belajar sedikit sebanyak cara mereka berkomunikasi antara pereka-pereka.
Saya telah diminta oleh Encik Saiful dalam menghasilkan Kad Raya. Saya telah menghasilkan sepuluh reka bentuk kad raya untuk kegunaan Universiti Sains Malaysia. Pada hari yang sama, saya juga telah di minta oleh Encik saiful untuk meletakkan kain ke dalam kotak pembungkusan batik, kain yang telah dihasilkan ini perlu dipotong dan di iron(panaskan) terlebih dahulu untuk lilipat dan diletakkan ke dalam kotak ini.
Hari ini, saya telah di minta oleh pengarah Creative Design House iaitu Prof Azizi dalam menghasilkan semula Pumbungkusan batik mengikut idea beliau.
Pada hari ini, Satu lawatan pemantauan Latihan Industri oleh pensayarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia telah pun dibuat. Antara Pensayarah yang hadir ialah Mr. GOH CHU HIANG dan juga PUAN SAFIA NAJWA SUHAIMI iaitu Pensayarah daripada Pusat Pengajian Reka Bentuk Komunikasi. Akhir lawatan mereka, kami diminta untuk membentangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan kerja yang telah kami lakukan di Creative Design House ini. Pada Hari yang sama, Satu mesyuarat Audit Penilaian Islamic Development Bank (IDB) telah di buat. kami telah diberikan info pembentangan daripada seorang ketua Reka Bentuk iaitu Encik Adli. kami telah pun diberikan tugas untuk membuat banner dan juga Bunting IDB.
Proses Akhir telah siap dijalankan untuk penghasilan sebuah pembungkusan batik.
Menyambung semula kerja dalam membuat pembungkusan batik untuk orang-orang kenamaan yang datang ke Universiti Sains Malaysia. Proses kedua dijalankan dalam menentukan bahan-bahan untuk menghasilkan pembungkusan dengan baik suapaya tidak terkoyak apabila dihasilkan.
Saya Telah mendapat satu projek besar daripada Encik Saiful dalam membuat Cenderamata untuk orang-orang kenamaan yang datang ke Universiti Sains Malaysia. Ini adalah proses dalam membuat pembungkusan untuk cenderamata batik.
Saya telah Mereka bentuk Pad tetikus Untuk kegunaan Universiti Sains Malaysia yang telah diberi oleh Encik Saiful. Buat pertama kalinya saya telah diberikan tanggungjawab untuk mereka bentuk Pad Tetikus ini. Reka bentuk Pad ini telah saya buat menggunakan Adobe Photoshop.
|
|