Telah mendapat satu projek yang telah diberikan oleh Encik Azeem dalam Mereka Bentuk Logo International Conference On Natural Product 2018. Konsep yang diterapkan pada logo ini ialah Bunga Tanjung. Saya telah menggunakan Adobe Illustrator dalam menghasilkan logo ini.
0 Comments
Saya telah menyiapkan Logo Pusat Inkubasi Universiti Sains Malaysia, Projek ini telah diberikan oleh Staf Creative Design House iaitu Encik Azeem untuk menghasilkan satu Logo Pusat Inkubasi Universiti Sains Malaysia. Pada masa yang sama, Saya telah membuat reka bentuk akhir latar belakang Projek Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
Membantu Staff dalam membuat projek Mega Naib Canselori Universiti Sains malaysia. Projek ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan beberapa reka bentuk. Saya telah mendapat satu projek daripada Encik Anwar dalam membuat Reka bentuk latar belakang untuk diletakkan di Bangunan Canselori.
Perjalanan dalam membuat portfolio bermula. Portfolio ini akan saya hasilkan berkonsepkan majalah supaya orang yang melihat akan lebih tertarik.
Saya telah membantu Encik Zaidi dalam membuat info Grafik berkenaan dengan power point yang telah diberikan. Pada masa yang sama, kami telah diberikan penerangan Oleh Encik Saiful tentang tata cara membuat buku Portfolio, buku Portfolio ini akan dibuat dalam masa sebulan di Creative Design House Universiti Sains Malaysia.
Pada hari ini, saya telah menghasilkan logo berkenaan dengan Pusat Perancangan kokurikulum Universiti Sains Malaysia. Logo ini telah diberikan oleh Staff Creative Design House iaitu Encik Azeem. Reka bentuk ini telah saya hasilkan dengan menggunakan Adobe Illustrator.
Bengkel Tie and Dye Siri 1, Kreativiti dan Teknik Penghasilan Motif-motif Baru yang telah diajar oleh staf dari Creative Design House USM kelantan. Saya dapat mempelajari mengenai asas-asas membuat rekaan penghasilan motif-motif berdasarkan teknik tie and dye. dalam pada masa yang sama saya dapat mempelajari secara terus dalam menghasilkan Tie and Dye.
Pada hari ini, saya telah menyambung semula reka bentuk buku nota Universiti Sains Malaysia, saya telah menghasilkan enam buku nota yang berlainan reka bentuk untuk dipilih. Buku nota ini telah saya hasilkan dengan menggunakan Adobe Illustrator. |
|