" TAMAT LATIHAN INDUSTRI " TERIMA KASIH CREATIVE DRESIGN HOUSE, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA " Biar Jasa Jadi Kenangan "
0 Comments
Hari terakhir, Membantu Encik Indera dan Encik Azeem dalam menyiapkan papan tanda di bangunan inform Pusat farmasi dan Mengemaskini Portfolio.
Saya telah mereka bentuk sampul raya untuk syarikat Toko Hudaya yang telah diberikan oleh Encik Saiful. Pada masa yang sama saya juga mengemaskini portfolio.
Mereka bentuk sampul raya Bola Sepak Malaysia untuk jualan semasa Bulan Ramadhan.
Membuat pemasangan banner di Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia. Ada tiga tempat untuk membuat pemasangan banner ini, yang pertama di Canselori, kedua di Dewan Persidangan Universiti dan yang ketiga di Pelingam Cahaya Universiti Sains Malaysia. Pemasangan ini saya telah buat bersama-sama seorang staf iaitu Encik Zainudin. Membantu Encik Adli Memotong kain untuk diletakkan dalam beberapa pembungkusan bersempena hari Guru untuk dijadikan cenderamata.
Mereka Bentuk promosi kad raya yang telah diberikan oleh Encik Saiful. Saya telah mereka bentuk Promosi kad raya ini dengan menggunakan Adobe Illustrator. Pada sebelah petangnya, satu program 3D telah dibuat di Creative Design House Universiti Sains Malaysia. program ini telah disertai oleh semua staf CDH. Satu benda baru telah saya pelajari di Creative Design House tentang 3D.
Saya telah menghasilkan kad Raya untuk Syarikat Toko Hudaya. Projek ini telah diberikan oleh Encik Saiful dalam menghasilkan beberapa kad untuk Syarikat Toko Hudaya.
Hari ini, saya telah membantu Encik Adli dalam menghasilkan beberapa pembungkusan untuk hari Guru.
Hari ini saya telah mereka bentuk kad Raya Universiti Sains Malaysia. Projek ini telah diberikan oleh Encik Saiful untuk kegunaan Universiti Sains Malaysia. Pada sebelah petangnya, saya telah membantu Encik Adli memasang banner dan banting di bangunan Canselori
Saya telah mereka bentuk pelekat kereta Universiti Sains Malaysia yang telah diberikan oleh Encik Saiful. Pelekat kereta Universiti Sains Malaysia ini akan digunakan oleh semua warga Universiti Sains Malaysia.
|
|